KANAK-KANAK KECELARUAN TINGKAH LAKU @ AUTISME.
AUTISME berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang bermakna aliran. Jadi autisme bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Selain itu, mereka juga mempunyai gangguan perkembangan yang kompleks disebabkan oleh adanya kerosakkan pada otak sehingga mengakibatkan gangguan pada perkembangan komunikasi, tingkah laku, kemampuan sosialisasi dan belajar.
MASALAH KANAK-KANAK AUTISME :-
1) Interaksi sosial
Tidak menghiraukan orang lain (tidak sensitif) seperti menjauhakan diri.
Tidak mahu bertentang mata apabila bercakap.
Tidak suka pada sentuhan atau pelukan
Susah berkerjasama
Tidak suka bermain dengan rakan sebaya.
2) Masalah komunikasi
Lambat bercakap atau gagap.
Susah memahami percakapan orang lain.
Bercakap dalam nada pelik.
Suka bercakap sendirian dan sukar untuk diajak berbual.
Mengulang perkataan yang sama tetapi tidak faham maksudnya.
Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan perkara yang dikatakan oleh orang lain.
3) Masalah emosi
Sangat sukar diramal dan berubah-ubah (menangis dan ketawa tanpa sebab).
Menyerang atau meroasakkan apa sahaja yang berhampiran dengannya jika emosi mereka terganggu.
Ada kalanya mencederakan diri sendiri.
Tiada rasa simpati dan tidak memahami orang lain.
Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuannya atau melarang keinginnya.
4) Pola bermain
Tingkah laku mereka agak aneh, dan berlainan daripada murid-murid biasa.
Akan leka bermain dengan sesuatu barang yang disukainya.
Menunjukkan pelbagai reaksi apabila diganggu ketika bermain objek yang disukainya.
Suka objek yangg berputar.
“Be original, show off your style, and tell your story.”
Comments