top of page

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005).



sea waves GIF


DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Apa itu yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat dan kreatif ?


Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.


Kamus Dewan Edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar.


Selain itu, kanak-kanak ini juga berbakat yang bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi.Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.



Howard Gardner


Mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat

dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan.


Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus, antaranya ialah potensi pengasingan oleh kerosakan otak, kewujudan golongan individu luar biasa, operasi teras yang boleh dikenal pasti sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan, sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal, disokong dari kajian psikologi, disokong oleh penemuan psikometrik dan kerentetan untuk merekod sistem simbol.




Ciri-ciri kanak-kanak yang pintar cerdas :


• Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

• Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya.

• Menetapkan matlamat yang tinggi untukpencapaiannya.

• Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar.

• Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas.

• Kebolehan untuk memimpin.

• Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.



Sternberg dan Kaufman


Mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang dikategorikan pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.




PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.


Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:


  • Pengasingan,

  • Pemecutan (acceleration)

  • Pengayaan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka.

  • Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.


RUJUKAN :-


• Mohd. Hussain Ibrahim (1995). Pendidikan pintar cerdas: Teori dan pendekatan. Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press.

• TZ30103 ;KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS (PPG/UMS)

• Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.



Get Inspired



コメント


Hi, thanks for stopping by!

I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

Let the posts
come to you.

Thanks for submitting!

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Pinterest
bottom of page