Peranan masyarakat dalam pengurusan murid pelbagai upaya.
Masyarakat di luar sana juga seharusnya saling memainkan peranan masing-masing dalam membantu golongan pelbagai upaya ini menjalani kehidupan harian seperti individu lain yang normal dengan memberi dorongan, semangat motivasi dan tunjuk ajar dan sebagainya.
Hampir majoriti masyarakat umum di negara ini sudah maklum bahawa bulan April pada setiap tahun merupakan satu bulan yang disambut secara khusus untuk kempen meningkatkan kesedaran terhadap autisme.
•Masyarakat mungkin bersetuju bahawa kesedaran terhadap perkara ini semakin meningkat hasil daripada kempen kesedaran yang telah diadakan saban tahun semenjak sepuluh tahun yang lalu, bermula dengan pewujudan program Psikologi dan Kesihatan di radio IKIMfm berkaitan dengan “Masalah Ketidakseimbangan Perkembangan Saraf Kanak-kanak”, yang telah bermula sejak tahun 2009, dan seterusnya penubuhan rasmi Pusat PERMATA Kurnia Kuala Lumpur pada tahun 2015.
•Memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai penghidap kelainan upaya ini untuk mengelakkan dari tanggapan yang salah terhadap mereka.
•Antara salah tanggapan yang biasa dianuti ialah individu dengan autisme adalah seorang yang cacat mental, tidak boleh belajar atau diajar, berisiko menjadi ganas dan tidak terkawal, merbahaya kepada orang lain, serta sebagai sumber ancaman kepada keharmonian ibu bapa dan keluarga serta masyarakat setempat.
•Inilah asas kepada stigma yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat.
•Membanteras stigma dan salah tanggapan umum masyarakat ini perlu digiatkan lagi secara berterusan.
Comments